Mizan menghantar makanan kepada Yusri kerana Hani meminta tolong. Tahulah Yusri kini Hani betul-betul sudah bersuami. Mizan mengarah Hani untuk memanggilnya dengan gelaran ‘Abang’. Hani cuba memujuk Nizam untuk pulang, namun mesejnya satu pun tidak dibalas. Shila takut untuk berterus-terang dengan keluarga tentang hal sebenar. Sekembalinya Hani ke Kuala Lumpur, dia terkejut biliknya kini kosong.